Keluaran dan promosi Memories_(lagu)

Siti menyanyikan lagu "Memories" semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016.

"Memories" pertama kali dipersembahkan oleh Siti sebagai penghormatan kepada mendiang Whitney Houston di Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016.[1][13] Semasa persembahan itu, Siti menyanyi secara langsung sambil ditemani oleh pra-rakaman semula vokal Houston bersertakan dengan gambar mendiang yang dipaparkan di latar belakang.[11] Walaupun memakai pakaian emas berjalur sekuin dengan asas merah dan panel sisi oleh Rizman Ruzaini,[14] Siti menyanyikan "Memories" sebagai "duet digital" di hadapan 7000 hadirin yang menghadiri konsert pada malam itu.[11] Pada penghujung persembahan, beliau memetik pengaruh lagu Houston pada dirinya dalam usaha untuk mempelajari teknik vokal.[15] Beliau menambah, Dengan kecanggihan teknologi hari ini, saya dapat berduet dengan idola saya.[15]

Persembahan secara langsung pertama lagu "Memories" menerima ulasan dari pengkritik. Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia menggelarkan duet itu sebagai "unik",[16] Bissme S. dari The Sun mengulasnya sebagai "salah satu persembahan hebat pada malam itu",[11] dan Jemang Rahman dari mStar memujinya apabila Siti terus memukau ribuan penonton dengan vokal mantapnya[17] dan persembahan itu "amat terkesan diingatan penonton".[17] Pada penghujung konsert, muzik video untuk "Memories" telah difilemkan dan dirakamkan.[18]

Pada 9 Disember, dua video teaser untuk muzik videonya telah dimuatnaik ke akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia.[19][20] Pada 10 Disember, versi single lagu "Memories" telah dikeluarkan untuk penstriman eksklusif di aplikasi penstriman muzik Yonder Music.[21] Pada hari yang sama, muzik videonya telah ditayangkan Astro Ria dan Astro Ria HD[22] dan telah diterbitkan di akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia pada hari yang sama.[12]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Memories_(lagu) http://www.budiey.com/ulasan-konsert-dato-siti-nur... http://www.nj.com/news/index.ssf/2012/02/students_... http://www.nytimes.com/2012/02/17/nyregion/in-east... http://www.star2.com/entertainment/music/2016/03/1... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.wsj.com/articles/SB860093336365480000 http://www.astrogempak.com.my/artikel/2905/siti-nu... http://www.bharian.com.my/node/130021 http://www.bharian.com.my/node/139947 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=04...